Ahad, 3 Oktober 2010

WADIRA - Wanita Dinamis Felcra

WADIRA - Wanita Dinamis FELCRA merupaka pertubuhan perkumpulan Wanita FELCRA. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang berfaedah dianjurkan oleh Wadira. Selain aktiviti kemasyarakatan, keagamaan juga mengajurkan aktiviti untuk ekonomi. Perusahaan kraf, jahitan, makanan/minuman antara aktiviti ekonomi yang dilaksanakan oleh WADIRA. Dari aktiviti yang dianjurkan oleh WADIRA, kini terdapat usahawan dari kalangan perkumpulan Wanita FELCRA ini.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Generasi Pewaris FELCRA - myFELCRA

Generasi Pewaris FELCRA atau myFELCRA merupakan satu suara peserta-peserta FELCRA bagi menyuarakan pandangan dan cadangan-cadangan serta cara-cara menambahbaik atau memantapkan organisasi FELCRA. Jasa-jasa FELCRA sekian lama dalam membangun tanah-tanah terbiar para peserta samaada secara langsung atau tidak langsung sebelum ini, ianya memberikan banyak faedah pada para peserta-peserta FELCRA. Pembangunan tanah oleh FELCRA ianya terbahagi kepada beberapa keadaan, tanah dimajukan dengan persetujuan Kerajaan Negeri dan seterusnya Kerajaan Negeri menganugerahkan tanah berkenaan pada para peserta atau pengambilalihan tanah-tanah milik yang di satukan dan diusahakan secara astet oleh FELCRA .  Ini secara langsung menjadikan peserta-peserta terus mendapat faedah dari FELCRA.

Semua aktiviti ladang samaada Padi, Getah atau Sawit ianya diuruskan sepenuhnya oleh FELCRA. Pembahagian hasil ladang dibuat setaip 3 atau 4 bulan sekali, bayaran ini yang dibuat mengikut jenis tanaman, keluasan tanah dan bilangan pemilik dalam tanah berkenaan. Jika sebelum ini peserta yang asal menerima atau pemilik tanah berkenaan memiliki keluasan tanah 5 ekar, maka dividen yang diterima sepenuhnya miliknya. Tetapi apabila pemilik berkenaan berkeluarga dan memiliki bilangan anak-anak yang ramai, dengan sendirinya jumlah dividen atau hasil yang diterima akan dibahagikan pada anak-anak setelah dipindahmilik hak keatas pemilikan tanah atau peserta asal meninggal dunia.

Cabaran Generasi Pewaris FELCRA yang secara langsung melibatkan pengurusan FELCRA dalam menangani isu-isu semasa. Dari keterangan di atas dapat digambarkan bahawa apabila berlaku pembahagian hak keatas tanah , maka berlakulah satu fenomena dimana jika sebelum ini hasil yang diterima pada peserta iaitu pemilik asal yang mampu menampung kos sara hidup peserta. Dan apabila berlaku pembahagian atau tanah ini dibahagi-bahagikan pada para waris, bahagian semakin mengecil yang secara langsung pulangan hasil juga dibahagi-bahagikan pada para waris-waris. Ini sudah semestinya tidak lagi dapat menampung kos sara hidup para peserta atau waris-waris yang ada. jika sebelum ini hasil ladang jika diterima oleh pemilik asal antara RM 1,000 - RM2,000 bagi setiap 3 atau 4 bulan dan selepas dibahagi-bahagikan pada waris-waris hasil yang di terima tidak lagi mampu menampung kos sara hidup. Sebagai contoh, saya merupakan antara penerima pembahagian pusaka setelah kematian bapa saya, dalam keluarga terdapat 2 perempuan dan 6 lelaki, hasil dari ladang yang diterima setiap 4 bulan ialah RM 264.02 sen. Bayangkanlah jika 4 bulan dibahagikan dengan RM 264.02 sen, sebulan cuma RM66.00 yang dapat saya terima. Dengan anak-anak seramai 5 orang, dapatkah saya menampung keluarga. RM66.00 hanya dibelanjakan dalam sehari, iaitu perbelanjaan makan/minum, wang saku anak-anak sekolah, minyak kenderaan dan pelbagai lagi perbelanjaan harian. Belum lagi bayaran ansuran rumah, kereta, bil-bil dan pelbagai perbelanjaan lain.

FELCRA satu badan yang diberikan amanah dalam memajukan tanah-tanah  juga seiringan dengan itu menjalankan kerja-kerja kebajikan demi kesejasteraan peserta-pesertanya. Sejak dulu lagi FELCRA telah memikirkan  pelbagai kemungkinan dan merancang serta melaksanakan pelbagai program-program demi kebaikkan Generasi Pewaris FELCRA.

Melalui pendidikan anak-anak peserta FELCRA dan apa yang diberikan tumpuan yang serius oleh FELCRA ialah membentuk usahawan-usahawan di kalangan peserta-peserta FELCRA. Ini antara pendekatan dalam menghadapi cabaran bagai memastikan Generasi Pewaris FELCRA terus mendapat menafaat dari pembangunan semasa.

Bidang keusahawanan dikalangan peserta-peserta FELCRA, satu-satunya pendekatan atau langkah yang bijak diambil oleh FELCRA. Para peserta  FELCRA diberikan pelbagai kemudahan samada kursus, program latihan bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan. Dan usaha-usaha ini benar-benar bermenafaat dalam meningkatkan taraf hidup dengan pendapatan dari jualan, para peserta dapat menampung kos sara hidup dan secara langsung usaha-usaha FELCRA ini berjaya.

Jika tiada usaha-usaha FELCRA yang pro aktif, tanah-tanah yang sebelum ini dimiliki oleh pemilik asal sudah semestinya sudah terjual atau tergadai oleh kerana hasilnya tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. Usaha-usaha  FELCRA wajar diberikan penghargaan atau berterima kasih kerana kelangsungan menafaat atau faedah pada Generasi Pewaris FELCRA. Walaupun kawasan-kawasan atau tanah-tanah yang dimajukan FELCRA mempunyai tempoh masa iaitu 25 tahun, iaitu perjanjian dengan para peserta namun ini perlu diteruskan serta keyakinan amanah yang diberikan para peserta pada FELCRA benar-benar dilaksanakan.

Generasi Pewaris FELCRA dari masa kesemasa akan terus bersama-sama pengurusan FELCRA bagi memastikan LANGKAH SEIRING, berganding bahu bersama-sama dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa bagi memastikan Generasi Pewaris FELCRA terus berdayasaing.

Sama-samalah kita hayati satu kisah atau cerita dahulu kala yang membawa bidalan atau persamaannya dengan keadaan sebenar kita sebagai Generasi Pewaris FFELCRA. Ceritanya lebih kurang begini:

"Satu masa lalu ada seorang petani yang daif dipinggir belantara, kerjanya menanam pokok-pokok dan sayur-sayuran. Satu hari semasa beliau ke kebunnya beliau terserpak dengan Jin yang tingginya 2 kali pokok kelapa atau kini boleh dikatakan setinggi 7 tingkat banggunan. Terkejut dan ketakutan petani berkenaan, namun jin ini bukanlah dari spises yang makan orang tetapi jin ini begitu belas kesihan pada petani berkenaan. Dengan keajaipan jin berkenaan memberikan seekor itik yang bertelurkan emas. Dan jin berkenaan berjanji untuk menjaga tanah petani berkenaan dengan baik sampai bila-bila untuk menerima telur itik emas berkenaan setiap 4 bulan sekali. Pada setiap 4 bulan sekali petani berkenaan pergi dapatkan telur itik emas dan dijual untuk membeli keperluan dapurnya. Begitulah berulang kali yang dibuat oleh petani berkenaan dan tanahnya terus dijaga dengan baik oleh jin berkenaan. Namun naluri kehidupan manusia biasa memerlukan teman atau pasangan, dan bertemulah jodoh petani berkenaan. Hidup biasa sebagai suami isteri dan seterusnya dikurniakan keturunan. Seorang setahun kekadang  sepasang cahaya mata setahun. Namun telur itik emas yang diterima tetap sebiji setiap 4 bulan. Setelah cukup masa ketentuan Allah SWT, petani ini kembali ke rahmatullah dan sepurnama selepas ini isterinya pula menghadap yang maha Esa. Maka tinggallah anak-anak seramai 8 orang, maka bermesyuaratlah ke lapan-lapan anak-anak petani berkenaan. Bagaimanakah nak bahagikan hasil telur itik emas yang sebiji itu sedangkan mereka berlapan. Maka yang sulong membuat keputusan, untuk sembelihkan itik berkenaan untuk mengambil seberapa banyak telur emas yang ada dalam perut itik berkenaan. Malangnya itik dalam perut itik berkenaan tiada sebiji pun telur emas. Dan perbuatan ini menimbulkan kemarahan jin berkenaan dan terputuslah pertolongan jin dengan keluarga berkenaan. Semenjak itu kembalilah keadaan anak-anak petani berkenaan dalam kemiskinan".

Moral dari cerita berkenaan ialah, apa-apa yang hendak dilakukan perlu difikirkan dengan waras. Dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, jika dilihat persamaan cerita berkenaan dengan Generasi Pewaris FELCRA ialah jin yang berkuasa setinggi 2 pokok kelapa itu atau boleh dikatakan setinggi 7 tingkat bangunan adalah FELCRA, itik yang bertelur emas itu adalah hasil tanaman samaada padi, getah atau sawit yang diusahakan oleh FELCRA. Apabila berlaku kematian pemilik asal tanah berkenaan, para waris mengambil jalan mudah dengan menjual tanah berkenaan dan membahagi-bahagikan hasil jualan tanah peninggalan pemilik asal tanah berkenaan. Jika di lihat telur emas itu bukan sahaja hasil wang ringgit, ianya juga adalah pelbagai faedah yang disediakan oleh FELCRA. 

Selagi terus kekal sebagai peserta FELCRA, selagi itulah mempunyai hubungan dengan FELCRA dan membolehkan mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh FELCRA. Fahamilah segala maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam kenyataan yang dipaparkan ini. Terima Kasih.